Perubatan Tradisional Melayu

kursus urutan

Perubatan melayu telah wujud sejak wujudnya bangsa melayu yang masih diwarisi dan digunapakai sehingga kehari ini, walaubagaimanapun tak kurang juga ramai orang melayu telah melupai cara perubatan tradisional melayu dan tidak diwarisi perantis muda, mungkin kerana ramai anak-anak muda tidak berminat untuk menceburi bidang perubatan tradisional ini seperti urut tradisional, bekam, refleksologi dan lain lain lagi


kursus refleksologi

Untuk tidak ditelan zaman kaedah kaedah rawatan tradisional perlu diketengahkan oleh sesiapa saja yang mempunyai minat dalam perubatan komplimentari ini.

Lanjutan dari masalah tersebut, pihak kami mengalukan sesiapa saja yang mempunyai minat terhadap kerjaya ini samada sepenuh masa atau separuh masa ataupun sekadar ilmu pengetahuan untuk mempelajarinya melalui kursus-kursus yang kami anjurkan dalam bidang perubatan komplimentari seperti :

                                           i.       Kursus Urutan Tradisional
kursus urut kaki
       ii.       Kursus Refleksologi

       iii.       K ursus Bekam Sunnah

       iv.       Kursus Iridologi

     v   .     Kursus Rawatan Islam. 

Setiap peserta disertakan Sijil Kursus Kemahiran mengikut kursus yang dipilih bagi mengesahkan peserta itu berkelayakan untuk melakukan perubatan komplimentari tradisional sacara persendirian mahu pun perniagaan.

Penyertaan dibuka kepada lelaki dan wanita dari 18 tahun dan keatas.

“Perubatan adalah sains keseluruhan tubuh manusia dan perkaitan dengan kesihatan yang baik dan tidak serta membangunkan kesihatan yang baik, wujud dan mengembalikan ia kepada keadaan sihat apabila ia kekurangan.” – Ibnu Sina dalam Qanun Fil al Tibb

Kuasa penyembuhan adalah terletak pada Allah SWT. Pelbagai proses perawatan tidak kira sama ada yang menggunakan teknologi perubatan yang moden mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam istilah lainnya, segala kaedah dan ubatan hanya ´al-asbab´ tetapi ulama berpendapat mengikut sunnah dalam proses perubatan – bersandarkan cara Rasulullah s.a.w meletakkan kuasa penyembuhan kepada Allah (taawaz dan istijarah) adalah perkara paling wajib kerana ´makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu´.

Bersyukur kepada Allah kerana mencambahkan sifat keilmuan dalam diri umat Islam sehingga menjadi contoh kepada dunia Barat untuk mengaplikasi teknologi dan metodologi perubatan ulama terdahulu. Umat Islam tidak hanya dibekalkan dengan ilmu perubatan yang bersifat saintifik tetapi turut disisipkan dengan cara perubatan dan perawatan secara tradisional yang islamik (berdasarkan ijmak ulama, qias, al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w).
Insyallah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...